Sunday, December 15, 2013

Obat Jerawat Paling Bagus Tradisional


OBAT JERAWAT PALING BAGUS TRADISIONAL


 

            Jerawat sebenarnya merupakan penyakit kulit yang boleh dirawat dengan mudah dan menggunakan beberapa kaedah yang sedia ada. Namun, ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah yang mahal dan rumit seperti mendapatkan nasihat dan rawatan pakar kulit. Kaedah ini tidak salah, cuma mereka di luar sana masih tidak tahu bawaha terdapat banyak lagi cara yang mudah dan murah serta efektif untuk mencegah daripada kulit muka ditumbuhi jerawat. Pelbagai kaedah obat jerawat paling bagus tradisonal dan secara semulajadi boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

 

1.      Minum air secukupnya – Minum air putih secukupnya merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap individu. Ianya bukan sahaja penting untuk keperluan tubuh badan bahkan penting untuk penjagaan kulit muka yang sihat. Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Amalan ini akan membantu dalam membersihkan sistem tubuh badan setiap individu.

 

2.      Tidur Yang Teratur – Disiplin tidur yang teratur dan konsisten boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk menangkis masalah ini. Oleh itu, pastikan anda memiliki tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Waktu tidur yang ideal adalah pada waktu malam iaitu ketika tubuh badan perlu berehat dan waktu untuk tidur dan juga bangun perlulah konsisten.

 

3.      Bersihkan Wajah Secara Teratur – Jika anda sememangnya berdepan dengan masalah wajah berjerawat, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah memastikan kulit muka anda dijaga dan dalam keadaan kering setiap saat. Anda disarankan supaya mencuci muka menggunakan air bersih seperti air mineral kerana air dari tangki rumah anda kebiasaannya mengandungi kadar besi yang tinggi dan boleh membahayakan kulit muka. Cuci muka anda dengan sabun yang khusus dan sekurang-kurangnya dua kali sehari sudah boleh mengurangkan lebihan minyak pada wajah. Jangan terlalu kerap mencuci muka kerana kekerapan ini boleh menghilangkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit.

 

Selain itu, individu seperti ini juga perlu berusaha menghindari tempat-tempat yang kotor dan berdebu.

 

4.      Pemilihan Makanan Yang Sesuai – Makanan yang dipilih juga perlulah makanan yang boleh mencegah kemunculan jerawat. Makanan yang kaya dengan Vitamin A, B, C dan E merupakan kategori makanan yang sangat baik dan sesuai untuk membantu pencegahan jerawat. Anda juga perlulah memperbanyak pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan terutama yang membantu dalam pembakaran lemak seperti lemon, epal, limau, brokoli dan lain-lain. Hindarilah makanan segera, minuman berkarbonat dan snek dengan perisa tambahan selain makanan yang pedas dan beriodin.

 

5.      Rawatan Rambut Yang Betul – Bagi mereka yang berambut panjang, pastikan kebersihan rambut anda terjaga. Hal ini kerana rambut yang berkelemumur dan kotor boleh mendorong kepada kemunculan jerawat pada wajah. Kadang-kala, rambut yang terurai akan menutupi wajah dan kotoran yang ada pada rambut mungkin akan masuk ke pori-pori pada liang kulit muka dan menyebabkan liang tersebut tersumbat. Oleh itu, rawatlah rambut anda sebaik mungkin jika mahu membiarkannya dalam keadaan panjang.

 

6.      Rawatan Air Ludah – Kaedah ini kedengaran menjijikkan tetapi hakikatnya kaedah ini mungkin berhasil dalam tempoh dua atau tiga hari. Sapukan air ludah anda sendiri pada wajah yang berjerawat. Hal ini kerana air ludah adalah zat yang paling mujarab untuk membunuh bakteria. Perkara ini dapat dibuktikan apabila berlaku pendarahan dalam mulut seperti lidah dan gusi, luka ini akan sembuh dengan cepat dengan bantuan air ludah itu.


Berikut merupakan kaedah lain yang boleh dilakukan untuk merawat pertumbuhan jerawat dengan obat jerawat paling bagus tradisonal iaitu menggunakan sumber semula jadi :

1.      Limau Nipis – Campurkan perahan limau nipis dengan air mawar. Kemudian sapukan di muka anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas muka anda dengan air hangat. Selain itu, perahan limau nipis ini boleh dicampurkan dengan air mawar. Kemudian sapukan ke wajah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas menggunakan air hangat. Limau nipis boleh digunakan untuk merawat jerawat kerana mengandungi asid sitrik yang bertindak memindahkan sel-sel kulit mati yang mengakibatkan jerawat. Lakukan rutin ini selama 15 hari untuk melihat hasilnya.

 

2.      Putih Telur – Asingkan kuning telur dan ambil putih telur. Kacau dan sapukan ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu, cuci dengan air bersih. Putih telur berfungsi untuk mengurangkan minyak pada wajah yang menjadi penyebab kemunculan jerawat.

 

3.      Tomato – Belah tomato kepada  dua bahagian. Kemudian, gosokkan ke wajah yang berjerawat. Biarkan beberapa minit sebelum membilas muka sebersihnya. Tomato berfungsi menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka. Amalkan tiga kali sehari.

 

4.      Kulit Limau dan Lemon – Kupas kulit limau atau lemon. Kemudian tumbuk kulit limau hingga halus. Campurkan sedikit air dan sapukan ke bahagian yang berjerawat. Biarkan 10-15 minit sebelum membilas dengan air bersih.

 

5.      Timun – Ambil sebiji timun. Hiris timun dengan saiz sederhana iaitu tidak terlalu tipis atau tidak terlalu tebal. Kemudian lekapkan pada  bahagian yang berjerawat. Timun berfungsi memberikan kesan sejuk kepada bahagian kulit yang meradang. Selepas 15 minit cuci dengan air bersih.

 

6.      Madu – Madu mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuklah merawat jerawat. Caranya dengan hanya menyapukan madu pada kulit yang berjerawat dengan menggunakan kapas atau putik kapas. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas. Amalkan setiap hari sehingga jerawat menghilang. Selain itu, madu ini juga boleh dicampurkan dengan putih telur dan juga jus lemon serta sedikit tanah liat. Kemudian sapukan ke muka anda dan bilas selepas 20 minit dibiarkan.

 

7.      Kayu Manis dan Madu – Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan tiga sudu makan madu. Kemudian sapukan ke muka sebagai masker. Biarkan selama satu hingga dua jam. Kemudian cuci dengan air bersih. Jerawat anda mungkin hilang selepas dua hari anda amalkannya.

 

8.      Oat, Lemon dan Madu Organik – Caranya dengan mencampurkan oat, perahan lemon dan madu dengan sebati. Sapukan ke wajah anda sebagai masker. Cuci muka selepas 20 minit. Amalkan setiap hari, jerawat akan hilang tanpa meninggalkan kesan.

 

9.      Susu, Madu dan Telur – Campurkan satu sudu makan madu dan dua sudu makan susu. Jika anda memiliki kulit muka kering, campurkan sebutir kuning telur. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda. Biarkan selama setengah jam kemudian cuci dengan air hangat. Amalkan setiap malam.

 

10.  Lidah Buaya – Ini juga adalah obat jerawat paling bagus tradisonal. Potong beberapa bahagian daripada lidah buaya dan buang kulitnya. Kemudian sapukan ke bahagian wajah yang berjerawat. Bilas selepas dibiarkan seketika. Amalkan petua ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

 

11.  Ubat Gigi – Ubat gigi juga bermanfaat untuk merawat jerawat selain berfungsi untuk membersihkan gigi anda. Caranya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan sedikit ubat gigi di sekitar wajah yang berjerawat sebelum tidur. Biarkan sehingga pagi dan bilas menggunakan air bersih.

 

12.  Bawang Putih – Bawang putih bukan sahaja digunakan dalam masakan. Namun boleh digunakan sebagai obat jerawat paling bagus tradisonal. Ambil dua ulas bawang putih atau lebih. Tumbuk bawang putih sehingga halus dan kemudian letakkan ke muka yang berjerawat. Biarkan selama 10 minit lalu bilas sampai bersih. Selain itu, anda juga boleh memakan seulas atau lebih bawang putih setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan, tetapi anda haruslah tahan jika mahukan kulit yang kembali cantik dan menawan.

 

13.  Betik – Ambil buah betik yang sudah masak. Seeloknya yang hampir sudah terlebih masak. Kisar buah betik mengikut kuantiti yang dikehendaki. Kemudian sapukan kisaran buah betik itu pada wajah terutama bahagian yang berjerawat. Cuci muka dengan air bersih selepas 20 minit.

 

14.  Kuning Telur – Ambil sebutir telur ayam dan ambil kuningnya. Seeloknya gunakan telur ayam kampung. Putar atau kacau kuning telur tersebut sehingga menjadi halus atau sudah kelihatan seperti keputih-putihan. Sapukan ke wajah seperti masker dan bilas selepas 30 minit.

 

15.  Bedak Bayi – Bedak bayi juga boleh membantu menghilangkan jerawat. Hanya campurkan bedak bayi dengan sedikit air. Jadikan bedak tersebut sebagai masker muka. Pakai masker pada waktu malam dan biarkan semalaman.

 

16.  Daun Betik – Jemur dua atau tiga helai daun betik. Kemudian kisar daun betik tersebut dan tapis untuk diambil airnya. Sapukan sari daun betik tersebut pada bahagian wajah yang berjerawat.

 

17.  Lobak – Ambil lobak dan cuci sebersihnya. Kemudian kisar atau parut lobak tersebut. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit cuka dan gaul sebati. Sapukan pada bahagian wajah yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Kemudian cuci dengan air bersih.