OBAT
JERAWAT PALING BAGUS TRADISIONAL
Jerawat sebenarnya merupakan
penyakit kulit yang boleh dirawat dengan mudah dan menggunakan beberapa kaedah
yang sedia ada. Namun, ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah yang mahal
dan rumit seperti mendapatkan nasihat dan rawatan pakar kulit. Kaedah ini tidak
salah, cuma mereka di luar sana masih tidak tahu bawaha terdapat banyak lagi
cara yang mudah dan murah serta efektif untuk mencegah daripada kulit muka
ditumbuhi jerawat. Pelbagai kaedah obat jerawat paling bagus tradisonal dan secara semulajadi boleh
dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
1. Minum air secukupnya –
Minum air putih secukupnya merupakan perkara utama yang perlu dilakukan oleh
setiap individu. Ianya bukan sahaja penting untuk keperluan tubuh badan bahkan
penting untuk penjagaan kulit muka yang sihat. Minum air putih
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Amalan ini akan membantu dalam
membersihkan sistem tubuh badan setiap individu.
2. Tidur Yang Teratur –
Disiplin tidur yang teratur dan konsisten boleh menjadi salah satu cara terbaik
untuk menangkis masalah ini. Oleh itu, pastikan anda memiliki tidur yang
mencukupi sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Waktu tidur yang ideal adalah
pada waktu malam iaitu ketika tubuh badan perlu berehat dan waktu untuk tidur
dan juga bangun perlulah konsisten.
3. Bersihkan Wajah Secara Teratur –
Jika anda sememangnya berdepan dengan masalah wajah berjerawat, perkara utama
yang perlu dititikberatkan ialah memastikan kulit muka anda dijaga dan dalam
keadaan kering setiap saat. Anda disarankan supaya mencuci muka menggunakan air
bersih seperti air mineral kerana air dari tangki rumah anda kebiasaannya
mengandungi kadar besi yang tinggi dan boleh membahayakan kulit muka. Cuci muka
anda dengan sabun yang khusus dan sekurang-kurangnya dua kali sehari sudah
boleh mengurangkan lebihan minyak pada wajah. Jangan terlalu kerap mencuci muka
kerana kekerapan ini boleh menghilangkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit.
Selain itu, individu
seperti ini juga perlu berusaha menghindari tempat-tempat yang kotor dan
berdebu.
4. Pemilihan Makanan Yang Sesuai –
Makanan yang dipilih juga perlulah makanan yang boleh mencegah kemunculan
jerawat. Makanan yang kaya dengan Vitamin A, B, C dan E merupakan kategori
makanan yang sangat baik dan sesuai untuk membantu pencegahan jerawat. Anda
juga perlulah memperbanyak pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan terutama
yang membantu dalam pembakaran lemak seperti lemon, epal, limau, brokoli dan
lain-lain. Hindarilah makanan segera, minuman berkarbonat dan snek dengan
perisa tambahan selain makanan yang pedas dan beriodin.
5. Rawatan Rambut Yang Betul –
Bagi mereka yang berambut panjang, pastikan kebersihan rambut anda terjaga. Hal
ini kerana rambut yang berkelemumur dan kotor boleh mendorong kepada kemunculan
jerawat pada wajah. Kadang-kala, rambut yang terurai akan menutupi wajah dan
kotoran yang ada pada rambut mungkin akan masuk ke pori-pori pada liang kulit
muka dan menyebabkan liang tersebut tersumbat. Oleh itu, rawatlah rambut anda
sebaik mungkin jika mahu membiarkannya dalam keadaan panjang.
6. Rawatan Air Ludah –
Kaedah ini kedengaran menjijikkan tetapi hakikatnya kaedah ini mungkin berhasil
dalam tempoh dua atau tiga hari. Sapukan air ludah anda sendiri pada wajah yang
berjerawat. Hal ini kerana air ludah adalah zat yang paling mujarab untuk
membunuh bakteria. Perkara ini dapat dibuktikan apabila berlaku pendarahan
dalam mulut seperti lidah dan gusi, luka ini akan sembuh dengan cepat dengan
bantuan air ludah itu.
Berikut
merupakan kaedah lain yang boleh dilakukan untuk merawat pertumbuhan jerawat
dengan obat jerawat paling bagus tradisonal iaitu menggunakan sumber semula jadi :
1. Limau Nipis –
Campurkan perahan limau nipis dengan air mawar. Kemudian sapukan di muka anda
dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas muka anda dengan air hangat. Selain
itu, perahan limau nipis ini boleh dicampurkan dengan air mawar. Kemudian
sapukan ke wajah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas menggunakan air
hangat. Limau nipis boleh digunakan untuk merawat jerawat kerana mengandungi
asid sitrik yang bertindak memindahkan sel-sel kulit mati yang mengakibatkan
jerawat. Lakukan rutin ini selama 15 hari untuk melihat hasilnya.
2. Putih Telur –
Asingkan kuning telur dan ambil putih telur. Kacau dan sapukan ke wajah anda
dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu, cuci dengan air bersih. Putih telur
berfungsi untuk mengurangkan minyak pada wajah yang menjadi penyebab kemunculan
jerawat.
3. Tomato –
Belah tomato kepada dua bahagian.
Kemudian, gosokkan ke wajah yang berjerawat. Biarkan beberapa minit sebelum
membilas muka sebersihnya. Tomato berfungsi menghilangkan bintik-bintik hitam
pada muka. Amalkan tiga kali sehari.
4. Kulit Limau dan Lemon –
Kupas kulit limau atau lemon. Kemudian tumbuk kulit limau hingga halus.
Campurkan sedikit air dan sapukan ke bahagian yang berjerawat. Biarkan 10-15
minit sebelum membilas dengan air bersih.
5. Timun
– Ambil sebiji timun. Hiris timun dengan saiz sederhana iaitu tidak terlalu
tipis atau tidak terlalu tebal. Kemudian lekapkan pada bahagian yang berjerawat. Timun berfungsi
memberikan kesan sejuk kepada bahagian kulit yang meradang. Selepas 15 minit
cuci dengan air bersih.
6. Madu
– Madu mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuklah merawat jerawat.
Caranya dengan hanya menyapukan madu pada kulit yang berjerawat dengan
menggunakan kapas atau putik kapas. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.
Amalkan setiap hari sehingga jerawat menghilang. Selain itu, madu ini juga
boleh dicampurkan dengan putih telur dan juga jus lemon serta sedikit tanah
liat. Kemudian sapukan ke muka anda dan bilas selepas 20 minit dibiarkan.
7. Kayu Manis dan Madu –
Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan tiga sudu makan madu. Kemudian
sapukan ke muka sebagai masker. Biarkan selama satu hingga dua jam. Kemudian
cuci dengan air bersih. Jerawat anda mungkin hilang selepas dua hari anda
amalkannya.
8. Oat, Lemon dan Madu Organik –
Caranya dengan mencampurkan oat, perahan lemon dan madu dengan sebati. Sapukan
ke wajah anda sebagai masker. Cuci muka selepas 20 minit. Amalkan setiap hari,
jerawat akan hilang tanpa meninggalkan kesan.
9. Susu, Madu dan Telur –
Campurkan satu sudu makan madu dan dua sudu makan susu. Jika anda memiliki
kulit muka kering, campurkan sebutir kuning telur. Kemudian sapukan campuran
tersebut ke seluruh wajah anda. Biarkan selama setengah jam kemudian cuci
dengan air hangat. Amalkan setiap malam.
10. Lidah Buaya –
Ini juga adalah obat jerawat paling bagus tradisonal. Potong beberapa bahagian daripada lidah buaya dan buang kulitnya. Kemudian
sapukan ke bahagian wajah yang berjerawat. Bilas selepas dibiarkan seketika.
Amalkan petua ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
11. Ubat Gigi –
Ubat gigi juga bermanfaat untuk merawat jerawat selain berfungsi untuk
membersihkan gigi anda. Caranya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan sedikit
ubat gigi di sekitar wajah yang berjerawat sebelum tidur. Biarkan sehingga pagi
dan bilas menggunakan air bersih.
12. Bawang Putih –
Bawang putih bukan sahaja digunakan dalam masakan. Namun boleh digunakan sebagai
obat jerawat paling bagus tradisonal. Ambil dua ulas bawang putih atau lebih. Tumbuk bawang
putih sehingga halus dan kemudian letakkan ke muka yang berjerawat. Biarkan
selama 10 minit lalu bilas sampai bersih. Selain itu, anda juga boleh memakan
seulas atau lebih bawang putih setiap hari. Walaupun baunya kurang
menyenangkan, tetapi anda haruslah tahan jika mahukan kulit yang kembali cantik
dan menawan.
13. Betik –
Ambil buah betik yang sudah masak. Seeloknya yang hampir sudah terlebih masak.
Kisar buah betik mengikut kuantiti yang dikehendaki. Kemudian sapukan kisaran
buah betik itu pada wajah terutama bahagian yang berjerawat. Cuci muka dengan
air bersih selepas 20 minit.
14. Kuning Telur
– Ambil sebutir telur ayam dan ambil kuningnya. Seeloknya gunakan telur ayam
kampung. Putar atau kacau kuning telur tersebut sehingga menjadi halus atau
sudah kelihatan seperti keputih-putihan. Sapukan ke wajah seperti masker dan bilas selepas 30 minit.
15. Bedak Bayi –
Bedak bayi juga boleh membantu menghilangkan jerawat. Hanya campurkan bedak
bayi dengan sedikit air. Jadikan bedak tersebut sebagai masker muka. Pakai
masker pada waktu malam dan biarkan semalaman.
16. Daun Betik –
Jemur dua atau tiga helai daun betik. Kemudian kisar daun betik tersebut dan
tapis untuk diambil airnya. Sapukan sari daun betik tersebut pada bahagian
wajah yang berjerawat.
17. Lobak –
Ambil lobak dan cuci sebersihnya. Kemudian kisar atau parut lobak tersebut.
Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit cuka dan gaul sebati. Sapukan pada
bahagian wajah yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Kemudian cuci
dengan air bersih.